Rafizi Ramli memberi amaran keras bahawa sebarang tindakan menggantung beliau bersama lapan Ahli Parlimen PKR lain hanya akan menyerlahkan sikap tidak terbuka parti terhadap perbezaan pandangan dalam isu kehakiman.
Bekas timbalan presiden PKR itu menegaskan bahawa menggantung ahli Parlimen yang bersuara atas mandat rakyat bukanlah penyelesaian, malah akan melemahkan kedudukan PKR di Parlimen, meninggalkan parti itu dengan hanya 22 kerusi — jauh di belakang DAP, BN dan GPS.