Tiga lagi pelajar memfailkan saman terhadap seorang guru bahasa Inggeris kerana didakwa gagal hadir ke kelas di SMK Taun Gusi di Kota Kinabalu, Sabah.
Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung melalui firma guaman Tetuan Roxana & Co memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bulan lalu.
Ketiga-tiga mereka kini berusia 19 tahun, memfailkan saman tersebut terhadap guru bernama Mohd Jainal Jamran atas dakwaan gagal mengajar mereka dalam kelas bahasa Inggeris antara Mac dan November 2017.
Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/556192