Perikatan Nasional (PN) menyifatkan jemputan menonton filem propaganda “Anwar: The Untold Story” bersama menteri pendidikan membabitkan murid Tingkatan 6 sebuah sekolah di Putrajaya dua malam lepas sebagai satu “indoktrinasi politik”.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah berkata, tidak menjadi kesalahan untuk mana-mana menteri menjemput sesiapa ke tayangan filem apa-apa.
Namun katanya, harus membuat pemilihan filem iaitu mengapa ia harus ditonton dan tidak ada propaganda politik.