Pemimpin vateran DAP, Lim Kit Siang tidak setuju dengan pandangan Dr Mahathir Mohamad bahawa mereka saling menggunakan satu sama lain untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri Najib Razak.
Menurut Kit Siang, parti itu bekerjasama dengan Mahathir kerana merasakan bekas perdana menteri itu telah berubah.
Kit Siang berkata demikian dalam forum sempena pelancaran bukunya yang bertajuk ‘Lim Kit Siang, Malaysia First, Volume Two, Bold to The Last Battle‘.