Tidak melalaikan, penggunaan bahasa dan tujuan penganjuran konsert perlu diambil kira berlandaskan ketetapan dan ketentuan syarak untuk berhibur dalam agama Islam, kata bekas Mufti.
Malah, Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga bekas Menteri Agama turut mencadangkan agar pihak Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengeluarkan garis panduan penganjuran aktiviti hiburan dan menguar-uarkan untuk rujukan umum kelak.
Zulkifli menjawab persoalan yang diajukan oleh bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai isu panas di media sosial melibatkan 'demam' konsert Coldplay yang berlangsung pada 22 November lepas.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=29cuTg4WztQ&t=2941s