Pegawai kanan polis berpangkat Deputy Supritendent (DSP) yang terlibat dalam kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan lima Jumaat lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini, atas tuduhan membunuh.
Pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu dihadapkan di hadapan Majistret, S Punitha.
Pertuduhan terhadap Mohd Nazri Abdul Razak dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.