Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding malam tadi.
Di Kelantan jumlah mangsa banjir bertambah kepada 12,572 orang daripada 3,860 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 9,721 orang daripada 2,962 yang direkodkan malam tadi.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan, Machang dan Kota Bharu menjadi jajahan terbaru terjejas banjir selepas Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai serta kesemua mangsa sedang berlindung di 82 PPS di tujuh jajahan itu.