Peserta piket ‘Kepung Demi Palestin’ mendirikan khemah kira-kira 200 meter dari kedutaan Amerika Syarikat (AS) walaupun pihak polis telah menasihati agar tidak berbuat demikian.
Bekas ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang juga anggota Sekretariat Solidariti Palestin berkata mereka akan terus berkumpul serapat mungkin dengan kedutaan AS.
Pihak polis sebelum ini menasihatkan peserta piket supaya tidak mendirikan khemah atau struktur berhampiran kawasan kedutaan AS.