Baru-baru ini Felo Kanan Majlis Professor Negara, Teo Kok Seong membuat kenyataan kontroversi bahawa sekolah vernakular boleh menjadi tembok penghalang kepada perpaduan negara serta menyemai benih perkauman.
Dakwaan tersebut telah menimbulkan reaksi daripada banyak pihak termasuk ahli politik, dengan ada yang menggesa kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular.
Namun adakah dakwaan ini benar? KiniTV melakukan tinjauan di dua buah SJKC di sekitar Petaling Jaya bagi mengukur maklum balas ibu bapa terhadap dakwaan ahli akademik tersebut serta pandangan mereka mengenai cadangan sekolah satu aliran.
Wartawan: Seth Akmal
Wartawan Pelatih: Tan Fu Qi
Skrip: Seth Akmal, Azreen Madzlan