Bekas menteri Zaid Ibrahim membidas kerajaan kerana didakwa mengamalkan dwi-standard apabila bertindak terhadap isu-isu berkaitan Raja-raja Melayu.
Memetik Majlis Peguam sebagai contoh, katanya, kerajaan gagal bertindak terhadap badan itu apabila mereka mempersoalkan prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan pengampunan.
Zaid dalam satu hantaran di Facebook berkata, kerajaan yang memberi amaran bahawa siapa bercakap mengenai 3R iaitu menyentuh kaum, agama dan Raja-raja akan dipenjarakan namun tidak bagi Majlis Peguam.