Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semakin terbuka untuk bercakap mengenai tahanan rumah bekas Perdana Menteri Najib Razak.
Menurut Khairy dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap, berbanding sebelum ini Anwar dilihat mengunci mulutnya untuk bercakap mengenai tahanan rumah Najib.
Anwar semasa wawancara dengan Bloomberg di Forum Ekonomi Qatar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya patut mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib Razak selepas kes 1MDB selesai.
Menegaskan dia tidak akan sesekali mengenepikan kuasa Agong, Anwar berkata syornya itu hanya akan dikemukakan jika diminta oleh baginda.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=zedms7SjW5U