Seorang pemandu bas menangis dalam kandang tertuduh selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di depan hakim Mahkamah Sesyen Muar, Johor pagi ini.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Abang Bas mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang mungkin akan menyebabkan dia dipenjara sehingga 20 tahun atau dirotan jika disabitkan kesalahan.