Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad mahu meneliti alasan penghakiman penuh sebelum mengambil tindakan lanjut berikutan dia diarah mahkamah supaya membayar RM750,000 kepada tiga pemimpin DAP.
Dia memberi reaksi sedemikian ketika ditanya sekiranya dia akan membuat rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, semalam.
Semalam Malaysiakini melaporkan pengerusi Lajnah Perpaduan Dewan Muslimat PAS itu kalah dalam kes saman fitnah yang dikenakan terhadapnya.