Beberapa laporan polis dibuat terhadap Anwar Ibrahim, tiga anggota kabinet Dr Mahathir Mohamad, dan bekas peguam negara, Apandi Ali.
Ia berhubung dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes Batu Puteh.
Peguam Rafique Rashid Ali berkata sekurang-kurangnya dua individu iaitu Wan Muhammad Azri Wan Deris dan Khairuddin Abu Hassan membuat laporan tersebut secara berasingan.