Seorang peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor menegaskan bahawa warga emas yang sengaja meminta kad pengenalan (IC) tanpa sebab munasabah, boleh dikenakan tindakan.
Ia susulan insiden lelaki warga emas yang sebelum ini tular kerana menampar pemuda bukan Islam kerana disangka tidak berpuasa di sebuah kedai sebaneka pusat membeli-belah Angsana Mall, Johor Bahru pada 16 Mac lalu.
Sebelum itu, warga emas itu turut meminta IC pemuda Cina itu untuk memastikan dia bukan beragama Islam namun pemuda itu enggan menunjukkannya.