Bekas pemimpin Umno, Nazri Aziz mempertikaikan kenyataan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berhubung dakwaan pengaruh politik dalam badan kehakiman.
Ini susulan ucapan Tengku Maimun semasa persidangan undang-undang di Malta minggu lalu yang dilaporkan menggesa agar perdana menteri tidak terlibat dalam melantik hakim.
Menjawab perkara ini, Nazri, yang merupakan bekas menteri undang-undang, mencabar ketua hakim negara untuk menunjukkan bukti pengaruh politik dalam pelantikan hakim.