Kerajaan mempertimbangkan menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025 selepas mendapat lebih kepastian mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dan hasil rundingan Malaysia dengan negara itu.
Ujarnya lagi, kedudukan asas ekonomi negara yang kukuh diyakini mampu membolehkan Malaysia berdepan ketidaktentuan global secara terurus susulan pengumuman tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata, reformasi struktur yang dilaksanakan di bawah kerangka Ekonomi Madani juga dilihat dapat membantu negara untuk lebih berdaya tahan serta bersiap siaga mendepani ketidaktentuan ekonomi global.
Sumber Video : https://www.youtube.com/live/jrmk0S0eF2c