Individu yang menunaikan voucher Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) lebih daripada sekali dan memilih untuk tidak memulangkan wang berkenaan akan disenarai-hitamkan daripada menerima bantuan itu pada tahun depan.
Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Datuk Siti Zauyah Md Desa berkata daripada jumlah RM3.37 juta yang terlebih bayar, pihaknya berjaya mendapatkan semula RM948,890 yang dipulangkan.