Perhimpunan sekumpulan NGO yang menyembelih dan melumurkan darah ayam pada poster beberapa pemimpin pembangkang pada Khamis lalu adalah satu bentuk ancaman kepada ketenteraman awam, kata Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.
Menurutnya, pihak berkuasa mengambil sikap tidak bertanggungjawab seandainya tiada tindakan diambil ke atas kumpulan berkenaan.