Seorang wartawan The Star diganggu oleh sekumpulan individu anti-Bersih apabila mereka cuba memaksanya memadam gambar-gambar yang diambilnya ketika membuat liputan Konvoi Bersih 5 di sebuah pasar raya di Kuala Selangor, hari ini.
Detik-detik cemas itu dirakam wartawan itu ketika membuat liputan secara langsung melalui Facebook melalui rakaman telefon bimbitnya, namun tiada kecederaan serius berlaku.
Dalam pada itu, kumpulan anti-Bersih bikin kecoh ketika konvoi Bersih 5 edar risalah. Sila layari pautan ini http://www.kinitv.com/video/39969O74