Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata semua bangsa dipinggirkan di Pulau Pinang, bukan Melayu sahaja.
Tengku Adnan bagaimanapun berkata DAP hanya mengambil isu 'Melayu' yang diperkatakannya sedangkan beliau menyebut semua bangsa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita hari ini.
Kata Tengku Adnan, kebajikan warga di Wilayah Persekutuan terbela dari segi kawalan harga rumah bagi mengekang kenaikan harga tersebut.
Namun, beliau memaklumkan akan dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis tidak lama lagi.
http://www.kinitv.com/video/44360O74
Terdahulu, Tengku Adnan tampil membidas DAP yang kononnya tidak membaca kenyataannya secara menyeluruh berhubung isu menjadikan Pulau Pinang sebahagian wilayah persekutuan.
Kata Tengku Adnan, cadangan tersebut hanyalah 'harapannya' sahaja sambil memberi contoh mahu mengambil Langkawi, Bandar Melaka dan Pulau Tioman.
http://www.kinitv.com/video/44334O74
Tengku Adnan mengulas laporan polis yang dibuat Ahli Parlimen DAP-Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh terhadapnya berhubung isu tersebut.
Bagaimanapun, beliau tidak akan menarik balik kenyataan itu.