Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh menyanggah kritikan sesetangah pihak bahawa Myvi baru yang dilancarkan semalam meniru 'design' kereta lain.
"Percayalah, ini design (Myvi baru) kami sendiri. Kalau ada persamaan ia adalah secara kebetulan.
"Ia melalui pelbagai proses dan perjumpaan untuk meluluskan design ini" kata Aminar dalam sidang media semalam selepas pelancara produk terbaru Perodua itu.
Dalam pada itu, Aminar bangga apabila Perodua merekodkan penjualan sebanyak 5 ribu unit penjualan sebelum ia dilancarkan kepada orang ramai.
Myvi baru dilancarkan semalam dengan gaya yang lebih sporty dan elegan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.