Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mendakwa bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz masih berang kerana kehilangan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno kepada Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Mengulas perkara itu semalam, Nazri berkata Rafidah, yang dikenali sebagai wanita besi, terkenal sebagai pejuang hak wanita.
"Rafidah bagi saya adalah pejuang hak wanita, tetapi dia tidak perjuangkan Shahrizat sama sekali.
"Shahrizat tidak berbuat salah, tetapi terpaksa menanggung akibatnya hanya kerana dia adalah isteri (Pengerusi Eksekutif NFC) Datuk Seri Mohd Salleh Ismail," katanya.
Beliau berkata antara lain, Shahrizat hilang jawatannya dalam kabinet dan kedudukannya sebagai senator hanya kerana suaminya "didakwa" di mahkamah.
"Mengapa isteri yang harus dipersalahkan ... Setiap wanita harus tampil dan mempertahankan Shahrizat," katanya.
Rafidah sebelum ini melabel Nazi sebagai “myopic” atau tidak berpandangan ke depan selepas menteri itu menyelar bidasannya terhadap National Feedlot Corporation (NFC) dan pinjaman bernilai RM248 juta yang ditanggung oleh kerajaan.