Satu lagi tawaran daripada pemimpin kanan PAS - andainya beliau menjadi perdana menteri.
Menurut Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kerajaan PAS boleh memberikan cuti bersalin kepada wanita selama dua tahun berbanding 90 hari yang diberikan kerajaan sekarang.
Untuk sektor swasta pula peraturan setakat ini mengehadkan cuti bersalin kepada 60 hari walaupun kerajaan sudah menyatakan untuk meminda undang-undang bagi mewajibkan ia ditukar kepada 90 hari.
Berucap di majlis pelancaran Manifesto PAS Kelantan di Kota Bharu, Mohd Amar berkata langkah itu boleh menjadi kenyataan jika beliau dilantik menjadi perdana menteri.