Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak seharusnya dijadikan kambing hitam terhadap kejatuhan saham TM, kata menterinya Gobind Singh Deo.
“Anda mahu kata tiada faktor lain? Jadilah realisitik. Tengok saja pada harga, telco lain dah turun harga dan melaporkan peningkatan jualan.
“Takkanlah pegawai kerajaan langsung tak boleh bertanya langsung? Tak boleh cakap apa-apa?
“Kalau macam tu, perubahan yang kita mahukan tak akan berlaku. [...] Dalam bidang perkhidmatan, kena ingat, pelanggan dan perkhidmatan adalah sangat penting,” katanya.
Beliau mengulas petisyen yang dikongsikan secara meluas oleh kakitangan TM yang mendesak beliau meletak jawatan dan mendakwa beliau bersikap berat sebelah terhadap syarikat penyedia perkhidmatan internet itu.
Petisyen itu juga mendakwa setiap keputusan kerajaan lebih memberikan manfaat kepada Maxis berbanding situasi menang-menang kepada semua pesaing, sehingga saham TM merudum dari sekitar RM6 ke RM2.27, manakala saham Maxis kekal kuat pada RM5.40.
Petisyen tersebut telah mengumpul 23,414 tandatangan setakat pukul 6.16 petang hari ini.