Kerajaan akan berindak menuntut semula ruang udara yang diwakilkan kepada negara di selatan Johor daripada Singapura secara berperingkat.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam dewan rakyat hari ini berkata kerajaan merancang untuk mengambil semula ruang udara secara beransur-ansur bermula akhir tahun 2019, dan berharap ia selesai pada tahun 2023.
Beliau berkata Putrajaya telah memaklumkan kepada Singapura mengenai rancangannya pada 29 November lalu dan bahawa tuntutan semula itu perlu dilakukan secara berperingkat untuk menyelaras prosedur kawalan lalulintas udara di kedua-dua negara.
Ruang udara di selatan Johor telah diwakilkan kepada Singapura pada tahun 1974.