Kebakaran di sebuah gudang menyimpan bahan letupan di Pelabuhan Beirut menyebabkan satu letupan besar di wilayah itu semalam.
Reuters melaporkan 78 terkorban dan hampir 4,000 cedera dan jumlah itu dijangkan meningkat sementara usaha mengesan dan menyelamat mangsa diteruskan.
Ia dikatakan letupan paling kuat yang pernah didengar di Beirut, yang kini sedang berdepan krisis ekonomi di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Presiden Michel Aoun dipetik sebagai berkata bahawa 2,750 tan ammonium nitrate disimpan selama enam tahun di pelabuhan itu tanpa langkah keselamatan.