Syarikat penjagaan kesihatan Johnson & Johnson akan menghentikan penjualan bedak bayi berasaskan talkum di Amerika Syarikat dan Kanada.
Syarikat itu menghadapi ribuan tuntutan undang-undang dari pengguna yang mendakwa bahawa produk bedak talkum mereka menyebabkan kanser.
Langkah itu dilakukan setelah Johnson & Johnson menghadapi perbicaraan bertahun-tahun di mana syarikat tersebut diperintahkan untuk membayar pampasan berbilion dolar.
(Video oleh Reuters)