Dalam satu kejadian Isnin lalu, seorang anggota polis trafik telah menembak tayar sebuah kereta yang dipandu dua orang lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan,
Anggota polis tersebut yang sedang menjalankan tugas kawalan lalulintas di Jalan Genting Klang, Setapak cuba menahan kereta tersebut untuk pemeriksaan namun suspek memecut lari.
Ketika jalan sesak, anggota polis tersebut menuju ke arah kereta tersebut untuk menyuruh pemandu turun namun suspek cuba melanggarnya.
Dua das tembakan dilepaskan ke tayar hadapan namun kereta tersebut terus memecut ke arah Lebuhraya Duke.
Kereta tersebut akhirnya ditemui di tengah pembahagi jalan manakala suspek telah melarikan diri.
Satu paket syabu turut ditemui di dalam kereta.