Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kes seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang disyaki merogol dua wanita warga Mongolia di sebuah hotel di Petaling Jaya, Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan itu dibuat secara berasingan iaitu Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Atipsom).