Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sabah Blisson Zainuddin, memberitahu dalam satu sidang media, dia sering dihubungi oleh Haziq Aziz yang banyak kali bertanya tentang jadual dan akitiviti termasuk lokasi dan penginapan Azmin Ali melalui perhubungan whatsapp.
Ini tidak termasuk panggilan telefon yang mendesak butiran jadual Azmin di Sandakan.
Selepas PRK Sandakan, Haziq menghubunginya supaya mengabaikan dan tidak mendedahkan kepada sesiapa tentang komunikasi itu.
Dia mengakui merasa pelik namun selepas pengakuan Haziq mengenai video seks, ini menambah keyakinan ia adalah perancangan jahat untuk menjatuhkan Azmin.