Kementerian Kesihatan Malaysia yakin dengan kapasiti kementerian bagi menangani sebarang peningkatan kes Covid-19 yang mendadak kerana telah menyediakan pusat rawatan yang mencukupi.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, ini berikutan 80 peratus daripada kes positif Covid-19 di negara ini adalah daripada kategori 1 dan 2 iaitu kategori tidak bergejala atau bergejala ringan.